E-Kelas Subjek Bahasa Inggeris Minggu 15
29 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2019 yang lepas, merupakan program eKelas (Live Toturial) Subjek Bahasa Inggeris. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa English, Sains dan juga Matematik. Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia. Antara contoh pembelajaran minggu ini adalah berkenaan menghasilkan Introductory Paragraph dalam esei bahasa Inggeris.
Program berlangsung sekitar Jam 3 petang hingga 6 Petang. Peserta adalah seramai 7 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk. Markah diberi setelah projek atau latihan dimuat turun oleh pelajar sendiri dalam portal masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: